Kehadapan sahabat yang aku
sayangi kerana Allah
Maafkan aku kerana kerap, banyak
dan selalu meyakiti hatimu,
Membuatmu sedih, terluka dan
kecewa..
Memang akulah yang tidak pernah
menghiraukan beban sakit yang kau tanggung
Sendirian...
Memang akulah yang tidak pernah
mengambil ruang untuk mengerti dan memahami dirimu
Setiap waktu..
Memang aku sang ego yang tidak
mahu berhenti sejenak dan muhasabah yang aku sebenarnya
patut memadam api yang kian marak
itu.
Sahabatku,
Kini tak tertanggung rasa hati
ini yang kian hari kian menjauh perasaannya kepada mu
Malu aku pada diri sendiri..
Mengajak orang menyemai benih
ukhuwah tapi aku yang meranapkan pohon ukhuwah kita berdua
Aku yang menyebar virus ukhuwah
itu bukan mencari penawar kepadanya.
Tidak sekalipon aku cuba untuk
menyelami bahawa sesungguhnya terlalu banyak kau pendam rasa
hati sendiri
Sehingga hilang senyum manis dan
gelak tawamu seperti awal perkenalan kita dulu.
Sahabatku,
Sebenarnya aku merindui hangat
persahabatan kita dahulu
Aku memeluk erat dirimu tika kau
dalam duka
Dan kau memberi kata berkongsi
cerita kita bersama
Entah mengapa dan bila?
Semuanya hilang bagai tidak
pernah tercipta memori kita bersama
Dan aku sendiri membiarkan ia
sepi tak pernah bertamu lagi.
Di akhir kalam ini,
Dah tak mampu aku menahan tembok
yang memisahkan ukhuwah kita
Dah tak daya aku memandang dirimu
dari jauh, kepingin diriku sama menanggung duka laramu
Sebutlah, beritahu kepada aku
bagaimana untuk kau sudi memaafkan kesalahan aku yang terlalu
Banyak kepadamu.
Usah kita biar lagi jarak ini
makin meluas dan musuh kita ketawa kerananya
Tapi, mari kita padamkannya
dengan ucapan kemaafan daripada aku untukmu sahabatku.
Sesungguhnya benar dari hatiku
aku sayang kepadamu sahabatku kerana Allah.