Friday, November 7, 2008

aq dan dia...


  • Setiap hidupan hadir ke atas muka bumi ini dititipkan dengan satu perasaan yang sangat halus yang dinamakan..CINTA. Biarpun yang melahirkan itu dari rahim seorang perempuan yang digelar pembunuh, Allah S.W.T tetap adil dan saksama dalam menyuburkan perasaan cinta ke atas setiap makhluknya. Cuma..manusia yang tidak adil dan saksama dalam mengaplikasikan perasaan suci ini dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar REMAJA..Cinta merupakan elemen atau entiti yang signifikan kepada insan tahap ini. Hadirnya cinta pada kala ini merupakan saat-saat yang manis dan indah..ibarat dunia ini aq yang punya..namun jika langkah tidak dipelihara dengan iman..maka lahirlah bayi -bayi x berdosa di lorong2 gelap, tepi tong sampah sedangkan ibunya dahulu disambut dengan penuh kesyukuran oleh ibu bapanya..Inilah senario hari in..Aq juga tidak lari dengan fitrah ini..kerana aq juga manusia..insan biasa..disemai rasa ini untuk diuji..Kadangkala aq juga lemas dan lemah..hanyut tanpa arah..namun Alhamdulilah teman-teman seperjuangan hadir memberi pertolongan..terima kasih teman..kata seorang temanku..Insya Allah seandainya dia tercipta untukku..rela kumenjadi milikmu..Ya Allah, pimpilah daku menemui cinta- Mu..

Monday, November 3, 2008

thank you tira..

Ni first post blog aq..Aq nak cite psl roda utk premier post ni..Kehidupan ibarat roda yang berputar..Kadangkala di atas..kadangkala dibawah..Manusia sebagai peneraju kepada hala tuju roda itu..Jika benar langkahnya selamatlah ia sampai ke matlamat perjalanannya, jika tidak pincanglah arahnya. Namun, dalam meniti perjalanan itu kadangkala roda terpaksa menempuh pelbagai halangan seperti kehabisan angin, terpijak paku dan kadangkala ada yang menganiayai roda itu..(whatsoever). Kadangkala roda itu berhenti bergerak kerana letih dengan onak dan duri dunia..(roda pon bleh letih~pelik). Apapun thanks tira kerana mengajarku pentingnya sebuah roda..(mcm roda impian)...Lepas ni kite lukis gambar roda banyak2 ea tira...luv tira