Monday, July 13, 2009

Hampir ke situ

Sejahteralah ke atas jujungan besar Muhammad S.A.W, selawat dan salam ke atas baginda dan kaum kerabat baginda.

Sejahtera juga buat teman - teman yang hadir mewarnai hidupku....

Lama benar x mencoret tinta dalam lembaran maya ini. X tahu aper nak dilakarkan. Aq ni ibarat musafir di padang pasir. Gersang mencari air, tiada kudrat siaga untuk bertahan..Tegakah aq untuk mati disini. Kalau benarlah begitu, x nak la mati kat tengah2 padang pasir...xde orang hiraukan kiter. Sebab 2 aq rasa kne bangkit jgak, kuatkan diri. Aq mesti cari air untuk terus hidup...kan kat padang pasir ader oasis...kat ci2 ader air. Aq kan SRIKANDI~

Kerna itu, hari ini aq bangkit semula mengetuk papan kekunci merah jambuku ini...tega untuk terus bertahan dalam perjuangan ini. Lahir Nur Atiqah ke dunia ini bukan sia2..dialah penyambung warisan...


Dalam usia mengakhiri zaman remaja penuh dugaan ini..banyak ranjau, asam manis kehidupan aq lalui...kadang - kadang aq ketawa sendiri..macam - macam fe'el aq buat. Sampai ader temanku bergurau..katanya aq ni emosional sekarang..x mcm dulu. Yea ke Atiqah??

Entahlah...aq pon x mengerti..jiwa remaja semua pernah melalui..kecuali yang tidak dipanjangkan umurnya oleh Ilahi Maha Berkuasa. Kenapa kiter mesti nak mencari cinta selain dariNya??? Kenapa kita x pernah rasa cukup dengan kasih sayang dari yang Maha Pengasih dan Penyayang??

Pening, rungsing, kecewa, sakit hati...asam garam aq sekarang...............tapi putus asa tidak
Biarlah aper orang nak kata..biarlah orang mengata...aq x apa2...aq akan berusaha..kerana aq srikandi~pahlawan wanita..

Jauh di sudut hati, besar harapan untuk aq menjadi yang lebih baik..menambah amalan di jiwa. Insya Allah..jauhkanlah aq Ya Allah putus asa dengan rahmatMu

~Amin Ya Rabbal Alamin

Saturday, February 14, 2009

Mencari diriku..

Aq ke sini bersama suatu impian..
Mengapai bintang - bintang yang menjadi rebutan..
Dalam aq belajar wahana mengapai bintang - bintang itu
Ada bersamanya bulan dan mentari...
Bulan itu indah jika ku lihat dari bumi
Mentari itu menyinar menerangi seluruh cakerawala ini..
Tapi yang ku mahu hanya bintang..
Mengapa perlu aq telusuri jua bulan dan mentari..??
Mengapa tidak aq tega bersama bintang???
Kata mentari: Bintang tidak akan menyinar tanpa aq memancarkan cahaya..
Ucap si bulan: Bintang tidak indah jioka tidak memagari bulan
Mereka perlu...
dalam menghiasi pesona dunia..
Mengertikah aq dengan semua itu???
kentalkah aq menghadapi cabaran mendatang???
Ilahi tidak menjadikan sesuatu tanpa matlamat..
Ada hikmah di sebaliknya..
Aq yang perlu mengubah posisi hidupku..
yang kian lama jauh dari bulan, bintang dan mentari..
Aq perlu kekuatan itu...
Padamu Ya Rabbi, aq menadah tangan..
Di kala mentari menyembunyi diri, bulan menjadi saksi dan bintang setia memagari...
Terimalah keampunan yang ku pohon..
Bimbinglah daku ke jalanmu..
Kuatkan imanku dan satukanlah hatiku di jalanMu
Jika benar tercipta untukku, satukanlah hatiku dengan hatinya..
jika bukan milikku, redakanlah aq dengan ketentuanmu..
Teguhkan jiwaku seperti teguhnya hati Sumayyah,
Sabarkan diriku seperti sabarnya Siti Hajar
Indahkan peribadiku seperti indahnya Siti Khadijah,
Cerdikkan akalku seperti pintarnya Aisha Humaira,
Kerana aq benar- benar ingin seperti...
SRIKANDI...
Amin ya Rabbal alamin..


Agak lama aq tidak mengetuk relung- relung resah jiwa ini. Aq membiarkan ia sendiri tanpa basah siraman mahmudah. Ku pikir aq mampu menghadapi dan membiarkan ia gersang tanpa wahana. tapi tidak..jiwaku aq memberontak mengharapkan hadirnya hidayah suci. Memang tidak aq nafikan sejak 2008 melabuhkan tirai dan 2009 membuka lembaran, aq gembira dan bahagia..Tapi itu sementara....

Aq ingin mencari kebahagiaan hakiki..mencari keredaan Ilahi..Tapi mengapa sering aq mengukir kemurkaan Yang Maha Esa???

Pulanglah Atiqah~jika benar ko menggelarkan dirimu Srikandi