Friday, November 12, 2010

biduk lalu kiambang bertaut

Wahai tuhanku,
Izinkan seorang ibu memeluk erat penuh syahdu
kepada anaknya yang amat dirindui..

Wahai tuhanku,
Izinkan seorang bapa menghadiahkan peluk kasih
yang tak berbelah - bagi
kepada anak yang disayangi..

Wahai tuhanku,
Izinkan adik- adik kecil menyambut riang
kekandanya yang lama tak bersua..

Wahai tuhanku,
Izinkan dua darah bertemu
memperat ukhwah lillah hi taala,
kerana biduk lalu kiambang kan bertaut semula..

Izinkan Ya Allah Ya Rabb,
kerana dengan izinMu, hamba berharap,
kerana kehendakMu, hamba mengharap,
segenap cinta dan rasa..
lemah hamba sebagai manusia.
Hanya padaMu selayaknya ku meminta..

Dari jauh, sang perantau merafak doa
Kerana diri penuh dosa dan noda
Hanya Sang Pencinta bisa merungkai bait - bait rindu cinta~

                                          Ibarat kuntuman bunga, memberi dan merasa~

Wednesday, November 3, 2010

rindu yang tak berpenghujung

Rindu...
membuatkan helaaan nafas sang pencinta
tak menentu jadinya
kerana rindu pada juwita

Rindu...
membuatkan waktu sang sahabat
terasa makin singkat
kerana rindu pada teman yang terubat

Rindu...
membuatkan airmata sang saudara
tak jemu mengalir mesra
kerana rindu untuk bersapa

Rindu...
membuatkan pandangan sayu seorang ibu tua
menatap gambar kecil anaknya
kerana rindu tak dapat bersama

Rindu...
membuatkan angin menghantar salam kasih
dari seorang ayah gigih
buat anak yang jauh
kerana rindu yang tak pernah letih

Rindu...
membuatkan tanganku menari
mengetuk aksara- aksara di hujung jari
membuatkan mindaku bermimpi
untuk terbang ke sisi
ayah dan bonda yang kuingati
kerna aku pasti....
aku RINDU...

Tapi,
tak bererti aku lupa
untuk rindu pada yang hakiki
kerana dariNya
rindu ini hadir
tanda kasih dan rahmat yang tak berbelah bahagi
kerana itu...
Rindu yang tak berpenghujung............

Friday, July 30, 2010

Aku dan Kalian

Aku tak letih untuk melakukannya
Aku tak kisah untuk membuatnya
Aku tak malas untuk melaksanakannya
Jika kalian tidak ada masa untuk ini

Tetapi,
Aku sedih untuk melakukannya
Aku marah untuk membuatnya
Aku menyesal untuk melaksanakannya
Jika kalian punya waktu untuk itu
Untuk berhibur dengan perkara yang melalaikan
Untuk kemaksiatan yang menghitamkan hati
Untuk segala yang dimurkaiNya

Apalah yang ada pada anggotaku yang bekerja
kerna itu hak Dia Yang Empunya

Bila Tuhan sudah berbicara denganku

Hari ini dan Semalam

Hari ini dan semalam,
Membawa aku menelusuri
dua waktu yang berbeda
Membawa aku melayari dua watak yang tak serupa
Antara kebatilan dan kebenaran..

Hari ini,
Aku melihat dunia tempat tinggalku
Penuh berprestij dengan menara- menara tinggi
bagai berlumba - lumba mencecah awan biru
Dan semalam,
masih diselimuti kemunduran pemodenan yang membangun

Hari ini dan semalam,
Perlu ada pembedanya
Hari ini perlu lebih baik dari semalam
Ya, itu benarnya
Hari ini jauh lebih baik pembangunan prasarananya
dari semalam
Hari ini,
rencananya global dari semalam,
merentasi sempadan negara

Namun,
Hari ini sebenarnya sama
sama seperti hari semalam
Tiada yang lainnya
Setiap perlakuan manusia serupa
Walau dibataskan dengan agama
Apa bezanya?
Hari semalam mengagungkan hiburan melalaikan
Hari ini juga mengagungkan hiburan
Hari semalam berpakaian menjolok mata
Hari ini mata berbicara untuk buta
lantaran letih melihat telatah ketelanjangan manusia
Hari semalam tiada tirai pemisah
pergaulan lelaki dan perempuan
Hari ini ibarat Tuhan menciptakan
dua jantina itu melekat antara satu sama lain

Ya Allah,
Inikah rentak bangsa Islamku hari ini
Sama, malah lebih dari semalam
Tegakah diri aku untuk terus melihat tanpa bertindak
Bila kau sudah berbicara denganku

Sunday, July 18, 2010

Wahai kekasihku

Wahai kekasihku..
dalam samar senja itu
hati ini bersenandung rindu
Rindu pada ratapan kepadaMu

Suatu masa dulu..
Tika iman dan takwaku bersatu
Betapa istiqamah aku hambaMu
merintih,menagih dan merayu
Di sepertiga malam yang syahdu
betapa gagah aku melawan nafsu
Hingga terasa kerdil aku di hadapanMu, kekasihku..

Kini, setelah waktu itu berlalu
setelah ku rasai nikmatMu
Masih ku kuatkan azam
istiqamah di jalanMu
Namun, ada ketikanya dunia di hatiku
Aku terleka dengan kebahagiaan yang seketika itu
Walau ku masih menjaga iman dan takwaku..
Tapi,
mengapa kekasihKu???
Aku terasa makin jauh daripadaMu

Aku makin keliru dan buntu
Hati imanku menolak semua yang berlaku

Layakkah aku kembali merinduiMu
setelah nikmatMu aku dustakan...

kembara Alam Eksplorasi Hati

Kepekatan laila yang sepi itu
Menyapa sukmaku untuk bercanda denganNya..
Melambai jiwaku yang gersang dan suram
untuk mengadu padaNya...
Mengetuk pintu hatiku
untuk mencari kasih dan sayangNya...

Sekaliannya itu tanpa aku sedari
datang mereka dari seketul darah yang bernama HATI

Eksplorasi hati???
Buat aku penasaran menyelam dasar-dasar hatiku..
Siapa aku sebenarnya dan siapa Dia pada hakikatNya
Adakah aku sudah mengenali diri aku sedalam-dalamnya??

Eksplorasi hati mencari hakiki

Tuesday, April 13, 2010

Kasih seorang sahabat

Kekanda,
Dalam kekalutan senja yang berlabuh,
Kau hadir menghulur tangan wangian syurga,
Menghadiahkan aku haruman indah
Buat pedoman arah yang bakal aku lalui.

Kekanda,
Arah yang ku lalui itu sebelumnya kelam dan samar,
Bukan berlagu merdu irama Tuhan
Tapi puisi tiruan bingkisan syaitan
Kerna cintamu kepadaNya melangit luas
Kau reda hidupmu untuk perjuangan di jalanNya
Lantas kau seratakan cinta itu untuk dikongsi bersama
Biar aku, kau,kita,kalian dan sahabat seaqidah menghidu haruman itu

Kekanda,
Itulah sifatmu wanita solehah
Tak kenal lelah agar Islam kembali gemilang
Bukan harta,pangkat malah nama yang kau kejar,
Tapi syurga yang hakiki yang kau dambai .
Kelembutan katamu yang penuh berhikmah,
Mengorbarkan semangat seorang ummah
Manis senyumanmu terukir ibarat mawar yang berkembang
Menghiasi ukhwah fillah Abadan abada’
Moga marak perjuangan dakwahmu terus membara
Biar tega seperti Khadijah r.a hingga ke akhir hayatnya
Ikatan aqidah ini takkan pernah padam
Selagi ISLAM kita daulatkan
Terima kasihku sebagai saudara seaqidah,adik,sahabat sejati Insya Allah………