Friday, November 12, 2010

biduk lalu kiambang bertaut

Wahai tuhanku,
Izinkan seorang ibu memeluk erat penuh syahdu
kepada anaknya yang amat dirindui..

Wahai tuhanku,
Izinkan seorang bapa menghadiahkan peluk kasih
yang tak berbelah - bagi
kepada anak yang disayangi..

Wahai tuhanku,
Izinkan adik- adik kecil menyambut riang
kekandanya yang lama tak bersua..

Wahai tuhanku,
Izinkan dua darah bertemu
memperat ukhwah lillah hi taala,
kerana biduk lalu kiambang kan bertaut semula..

Izinkan Ya Allah Ya Rabb,
kerana dengan izinMu, hamba berharap,
kerana kehendakMu, hamba mengharap,
segenap cinta dan rasa..
lemah hamba sebagai manusia.
Hanya padaMu selayaknya ku meminta..

Dari jauh, sang perantau merafak doa
Kerana diri penuh dosa dan noda
Hanya Sang Pencinta bisa merungkai bait - bait rindu cinta~

                                          Ibarat kuntuman bunga, memberi dan merasa~

Wednesday, November 3, 2010

rindu yang tak berpenghujung

Rindu...
membuatkan helaaan nafas sang pencinta
tak menentu jadinya
kerana rindu pada juwita

Rindu...
membuatkan waktu sang sahabat
terasa makin singkat
kerana rindu pada teman yang terubat

Rindu...
membuatkan airmata sang saudara
tak jemu mengalir mesra
kerana rindu untuk bersapa

Rindu...
membuatkan pandangan sayu seorang ibu tua
menatap gambar kecil anaknya
kerana rindu tak dapat bersama

Rindu...
membuatkan angin menghantar salam kasih
dari seorang ayah gigih
buat anak yang jauh
kerana rindu yang tak pernah letih

Rindu...
membuatkan tanganku menari
mengetuk aksara- aksara di hujung jari
membuatkan mindaku bermimpi
untuk terbang ke sisi
ayah dan bonda yang kuingati
kerna aku pasti....
aku RINDU...

Tapi,
tak bererti aku lupa
untuk rindu pada yang hakiki
kerana dariNya
rindu ini hadir
tanda kasih dan rahmat yang tak berbelah bahagi
kerana itu...
Rindu yang tak berpenghujung............