Friday, November 12, 2010

biduk lalu kiambang bertaut

Wahai tuhanku,
Izinkan seorang ibu memeluk erat penuh syahdu
kepada anaknya yang amat dirindui..

Wahai tuhanku,
Izinkan seorang bapa menghadiahkan peluk kasih
yang tak berbelah - bagi
kepada anak yang disayangi..

Wahai tuhanku,
Izinkan adik- adik kecil menyambut riang
kekandanya yang lama tak bersua..

Wahai tuhanku,
Izinkan dua darah bertemu
memperat ukhwah lillah hi taala,
kerana biduk lalu kiambang kan bertaut semula..

Izinkan Ya Allah Ya Rabb,
kerana dengan izinMu, hamba berharap,
kerana kehendakMu, hamba mengharap,
segenap cinta dan rasa..
lemah hamba sebagai manusia.
Hanya padaMu selayaknya ku meminta..

Dari jauh, sang perantau merafak doa
Kerana diri penuh dosa dan noda
Hanya Sang Pencinta bisa merungkai bait - bait rindu cinta~

                                          Ibarat kuntuman bunga, memberi dan merasa~

2 comments:

Anonymous said...

titipan sang anak juga sang pengembara..
jauh perjalanan untuk meraih cinta Ilahi namun ke pangkuan bunda dan ayahanda jua dia kembali..
besabarlah adinda, rindu itu akan tertaut kembali, kasih itu akan mekar mewangi..
sabar pendinding diri, pengubat rindu dan kasih,
Akan tiba jua hari yang ditunggu hanya dengan rahmat dan kasih Tuhanmu...
~kakanda bidadarimu~

kyrill said...

bahasa y ringkas dan mudah difahami..
namun membawa pengertian y bmkna..
intr0 y ckup baik..keep it up~!